Saturday 25 April 2015

PESTA PANTUN 2015 PERINGKAT NEGERI SARAWAK




           Sekali lagi, SMK Tiong Hin, Sibu berjaya memperoleh juara dalam Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Daerah Sibu. SMK Tiong Hin menjadi juara untuk kali kedua di Sibu dan menjadi wakil peringkat negeri di Daro pada 22- 25 April 2015.

           Kami bertolak dari sekolah pada pukul 07:45 pagi dan menyeberangi sungai menggunakan feri dan tiba di Daro kira-kira pukul 10 lebih.


 sekitar gambar pemandangan indah diambil ketika berada di atas feri







 Barisan Pemantun










dan, konsert di dalam kereta. Lagu My Heart Will Go On- by Celine Dion. 

Minta maaf sebab lagu tak habis. Memory Phone tak cukup nak rakam habis. Habis penuh dengan gambar-gambar 'model' pemantun. 


Tempat Penginapan kami : Xin He Inn

 Merah jambu KALER-nya! 
Walaupun tak besar sangat tapi selesa dan cukuplah untuk tidur selama 3 malam. 


Hari pertama pertandingan krisis air terjadi. Selepas pukul 7 baru ada air. Nasib baik sempat mandi. haha

Aduan di Facebook. hehe. Maksudnya: Krisis air! Macam mana nak mandi -_- what the fish. 

haha. mana datangnya what the fish tu. tanya sendiri :p


selain datang untuk berpantun, ini lah kerja kami.haha
Jalan-jalan Cari Makan!












Oklah. Cukuplah tu. haha. Banyak lagi sebenarnya.., hihi



Beralih kepada pertandingan pula. Kami bertanding di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro. 


Pusingan pertama melawan SMK Song dari Kapit dan kami tewas. Walaupun begitu, kami masih boleh berlawan lagi sebab konsep pusingan pertama berasaskan konsep 'double-knock'

Pusingan kedua, Pasukan Sibu melawan SMK Julau, Sarikei dan kami berjaya memenangi perlawanan itu. Pemantun terbaik pusingan itu milik daku. hehe. 

Seterusnya di suku akhir, kami berlawan dengan SMK Baru, Bintulu dan berjaya menewaskan mereka. Pemantun terbaik pusingan itu pemantun kedua Tiong Hin, Noraini Mering. Tahniah!!!

Di separuh akhir pula, kami bertaruh nasib dengan ditakdirkan bertemu dengan SMK Agama Igan dari Mukah dan kami tewas. Walaupun begitu, kami berjaya memperoleh tempat ketiga peringkat Negeri. Last year pun tempat ketiga. Syukur mampu mempertahankannya! 

Pada masa yang sama, SMK Song dari Kapit tewas kepada Betong dan kami berkongsi kedudukan ketiga dengan Kapit. Tahniah, KAPIT! Pengenalan memukau!!


Sekitar gambar perlawanan pusingan 1 - Separuh akhir .

waktu latihan dan pertandingan sesungguhnya memerah otak menahan kesakitan otak. 



Thumbs up kepada penganjur! Spectacular punya tempat bertanding !


Waktu final pula pasukan Betong lawan Mukah hanya satu gambar ni sahaja yang dapat diambil sebab kepenatan! huh! Gambar yang lain kat phone pemantun lain. Lupa nak minta..

Perlawanan yang agak sengit antara Mukah dan Betong! Semuanya masing-masing hebat namun menurut juri perlawanan itu bukanlah yang terbaik namun bagi saya sungguh memukau. Pantun ,intonasi dan keyakinan. Fuh!! 


Inilah keputusan penuh!

SEKOLAH MENENGAH
Juara- Betong
N. Juara- Mukah
Ketiga- Kapit dan Sibu

Pemantun Terbaik- Khairunnisa binti Imam Muslikin (Mukah)

SEKOLAH RENDAH
Juara- Mukah
N. Juara- Limbang
Ketiga- Sibu dan Kuching

Pemantun terbaik- Nur Ashfahani binti Mohd Saedin (Mukah)


Konklusinya, TERBAIK! Tempat pertandingan gempak, semua peserta hebat-hebat belaka. Sekali lagi tahniah SMK TIONG HIN, SIBU! Tempat ketiga peringkat negeri dua tahun berturut-turut! Biarpun nama sekolah Cina tapi kita mampu buktikan yang kita juga mampu gemilang bersama yang lain. Juga tahniah buat para pemenang sekalian terutamanya Betong (tiga tahun juara) dan Mukah! Buat terbaik untuk peringkat negeri nanti. Sarawak boleh!!!!!

Gadis kedah bicara bersantun
berselendang satin cantik dan muda
Pengalaman terindah semasa berpantun
Ukhwah terjalin goyah tiada

BYE!!!!

No comments:

Post a Comment